Diari Bicara Berirama SMK Senggarang 2016
Assalamalaikum...Okayyy...Hari ni Nurul nak cerita pasal pasukan Bicara Berirama sekolah Nurul.Tahun 2016 kitorang ada masuk satu pertandingan anjuran Tabung Haji.Alhamdulillah,kitorang dapat gelaran juara.Atas berkat usaha dan doa,kitorang berjaya.Yeah!!!
Sepanjang latihan,banyak kenangan yang kitorang dapat kutip.Nak kata peristiwa lucu tu...Hmmm..memanglah ada kan.Haha...Apa yang tak sangkanya,kitorang menang walaupun pesaing -pesaing yang lain hebat -hebat belaka.Banyak idea kreatif yang dilontarkan daripada ahli pasukan lelaki...Nurul pun tak terfikir nak lontarkan idea yang macam tu...
Nurul masuk kumpulan bicara berirama ni sejak tingkatan 1.Sebenarnya kawan yang ajak masuk.Bicara Berirama a.k.a Biber ni banyak mengajar Nurul erti bekerjasama,tolak ansur,berani..Sebab selama ni Nurul orangnya penakut.Malu untuk berada di depan orang ramai.
Sepanjang latihan,banyak kenangan yang kitorang dapat kutip.Nak kata peristiwa lucu tu...Hmmm..memanglah ada kan.Haha...Apa yang tak sangkanya,kitorang menang walaupun pesaing -pesaing yang lain hebat -hebat belaka.Banyak idea kreatif yang dilontarkan daripada ahli pasukan lelaki...Nurul pun tak terfikir nak lontarkan idea yang macam tu...
Nurul masuk kumpulan bicara berirama ni sejak tingkatan 1.Sebenarnya kawan yang ajak masuk.Bicara Berirama a.k.a Biber ni banyak mengajar Nurul erti bekerjasama,tolak ansur,berani..Sebab selama ni Nurul orangnya penakut.Malu untuk berada di depan orang ramai.
Okay ni masa kitorang nak bergerak...Kitorang ada dekat depan sekolah masa tu.Then,kitorang semua bergambar dekat perkarangan sekolah.
Lepastu kitorang bergerak.Perjalanan dlm beberapa jam.Memang penatlah.Lepastu kitorang berehat dekat RnR Ayer Keroh...Lepastu kitrang teruskan perjalanan dan sampai.Apa yang tak sangkanya sekolah kitorang yang first sampai.Awal betul.Fuh!Then after that kitorang masuk bilik mengikut kumpulan2x kecil.Lepastu kitorang solat dan pergi ke dewan untuk sesi raptai.Part yang Nurul suka bila dapat tengok kumpulan Bicara Berirama sekolah rendah buat raptai juga.Comel adik-adik buat persembahan...
Petang tu kitorang pergi jalan-jalan.Sempat lagi pulak tu.Haha,tapi macam biasa mesti nak bergambar dulu .
Luaskan kuasamu Johor,Eh,Okay masa nak pergi ke satu tempat ni kitorang terserempak dengan pasukan bicara berirama dari Terengganu.Kitrang bertegur sapa sewaktu bertembung dan teruskan perjalanan.
Pendekkan cerita esok hari pertandingan.Pagi tu ada raptai pendek .Nak gambar,nah ni dia hehe.
Alhamdulillah esok paginya semua berjalan dengan lancar walaupun gementar amat sebab nak buat persembahan untuk peringkat kebangsaan,sambil menunggu giliran,kami berzikir dan istighfar beramai ramai untuk menenangkan diri kami.
Pada awalnya saya terfikir yang kumpulan kami,Johor,hanyalah biasa-biasa sahaja.Tidak sangka pulak bila kami buat persembahan ,ramai yang terpegun.huhu.
Semasa waktu rehat kami pulang ke bilik dan solat duha dan hajat,berharap ada rezeki buat kami.Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba.kami masuk semula ke dewan persembahan untuk mendengar pengumuman.Nasib kami kurang baik kerana terpaksa duduk di lantai kerana kerusi semua sudah diambil oleh niegeri lain.Aduhai dah macam apa dah masa tu haha kami yang Johor je duduk lantai.Kami tidak berharap untuk menang bahkan kami berkata sesama sendiri "Dahlah jom balik,kemas barang",jadi kami hanya tunggu nama kami sebagai pemenang saguhati je ahahaha.Okay tapi kami terkejut kerana nama kami tidak dipanggil lagi,buatkan kami tertanya-tanya,adakah kami dapat tempat ketiga,kami sudah teruja untuk dinobatkan sebagai tempat ketiga,namun nama negeri lain yang disebut.Kami terkejut,dapat tempat kedua ke? Kami pun disuruh beratur di luar untuk tunggu nama juara disebut bersama pasukan Kuala Lumpur. Alangkah terkejut bila kami juara. Kawan-kawan lelaki semua menangis ,kami yang perempuan pun menangis sebab tak percaya kami kalahkan sekolah elit Kuala Lumpur. Alhamdulillah sangat bersyukur. Kebetulan setiap kali pertandingan kami memang bawa bendera Johor. Dengan bangganya kami naik atas pentas dan menerima hadiah.Pertama kali muka masuk dalam surat khabar.Wahh ahahaha. Apa -apa pun sungguh semua itu merupakan kenangan yang sangat manis buat saya.
Ulasan
Catat Ulasan